23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

21 pegawai hutan diberi kuasa banteras jenayah hidupan liar

Mereka boleh menangkap, menggeledah dan menyita pelaku jenayah hidupan liar terutama terhadap harimau belang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 21 pegawai jabatan perhutanan negeri dan perbadanan taman negara dan negeri diberi surat kuasa bagi membolehkan mereka mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah hidupan liar, terutama terhadap Harimau Malaya.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berkata, mereka terdiri daripada para pegawai dari Jabatan Hutan Negeri Perak, Johor dan Pahang serta Perbadanan Taman Negara Johor serta Perbadanan Taman Negeri Perak.

Menurut PERHILITAN, ia merupakan inisiatif dan langkah proaktif pihaknya dalam memperkasa serta memperluaskan kuasa Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dalam membanteras jenayah hidupan liar di dalam kawasan habitat Harimau Malaya yang terletak di negeri Pahang, Perak dan Johor.

“Kuasa yang diberikan kepada pegawai terbabit melibatkan empat peruntukan Akta 716 iaitu Seksyen 93 Kuasa menangkap, Seksyen 94 Penggeledahan dan penyitaan dengan waran, Seksyen 95 Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran serta Seksyen 96 Pemeriksaan ke atas orang,” kata PERHILITAN menerusi Facebooknya hari ini.

Baca juga:   Sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya

Majlis penyerahan surat kuasa itu berlangsung pada 13 April lalu yang disampaikan oleh Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Pada 10 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan iltizam kerajaan menangani isu populasi Harimau Malaya atau panthera tigris jacksoni di hutan negara yang kini dilapor berjumlah kurang daripada 150 ekor.

Baca juga:   Tok Pa positif Covid-19, kini dirawat di HRPZ II

Menurut beliau, Malaysia berhadapan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi jika tindakan segera tidak diambil.

“Antara faktor kepupusan ialah disebabkan kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perubahan guna tanah, pemburuan serta perdagangan haram, selain penularan virus canine distemper. Lebih membimbangkan, spesies ikonik negara itu akan hilang buat selama-lamanya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) di Putrajaya.

Sementara itu PERHILITAN berkata, penyerahan surat kuasa kepada para pegawai perhutanan tersebut juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Projek UNDP/GEF-GoM: Improving Connectivity in the Central Forest Spine Landscape.

-EDISI9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan