24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nizar dipanggil SPRM beri keterangan kes jual tanah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan isu penjualan tanah bagi tapak cadangan pembinaan lapangan terbang di Seri Iskandar, esok.

Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Perak ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berkata, sepatutnya rakaman percakapannya sebagai saksi dibuat pada 15 April lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat itu bagaimanapun berkata, tidak dapat hadir kerana ketika itu berada di luar Perak.

“Memang saya ada dipanggil untuk memberikan keterangan tetapi ketika itu saya ada urusan di Selayang. Insya-Allah, mungkin esok saya akan hadir ke Pejabat SPRM Perak untuk memberikan keterangan,” katanya lapor BH, hari ini.

Media hari ini melaporkan, bekas Exco Kerajaan Perak ketika pentadbiran PH, Datuk Asmuni Awi mengesahkan beliau sudah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan pada 15 April lalu.

Advertisements

Untuk rekod, Mohammad Nizar dan Asmuni adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Sebelum ini media melaporkan, seramai 13 saksi sudah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes itu, namun tiada individu ditahan berkaitan penjualan tanah berkenaan setakat ini.

Isu penjualan tanah berkenaan timbul selepas ADUN Aulong, Nga Kor Ming pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Bagaimanapun Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kemudiannya memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan ketika di bawah pentadbiran PH kepada syarikat swasta untuk pembangunan bercampur di kawasan itu.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan