30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Kaki ponteng puasa dicekup sedang hisap rokok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN lelaki menghisap rokok ketika bulan Ramadan menerima padah apabila dicekup dalam serbuan yang dijalankan di sebuah premis kedai makan di Tikam Batu, Kuala Muda, Kedah kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Lelaki berusia 51 tahun itu memberikan alasan tidak berpuasa kerana keletihan dan mengambil peluang menghisap rokok ketika berada di premis tersebut.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, lelaki terbabit telah diberikan notis kompaun dan diminta hadir ke pejabat untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin disertai 23 anggota termasuk pejabat agama daerah, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Skuad Badar itu bermula jam 10 pagi meliputi kawasan tumpuan dan berdasarkan aduan orang ramai,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, dalam masa sama, peniaga premis kedai makan turut dikenakan kompaun oleh pihak MPSPK mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana memulakan operasi sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan.

Baca juga:   3 beranak ditemui lemas saling berpelukan dalam kereta

“Pemeriksaan di hadapan premis turut mendapati seorang lelaki selesai membeli bungkusan nasi yang disembunyikan dalam raga motosikal.

“Apabila ditanya, lelaki berusia 26 tahun itu menjelaskan letih bekerja menjadikan alasan ponteng puasa,”katanya.

Dia bagaimanapun diberi nasihat dan amaran agar tidak mengulangi kesalahan.

Beliau berkata, mana-mana individu yang didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain di tempat awam, boleh disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Baca juga:   Majikan perlu tanggung kos bawa masuk pekerja asing

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Wartawan

Terkini

385 pelajar IPT anak Padang Terap terima bantuan sara hidup

KEBAJIKAN pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anak-anak Padang Terap terus diberi perhatian. Bagi meringankan beban kewangan mereka, sejumlah 385 anak-anak daerah...

Lagi Artikel Berkaitan