26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Segera beri vaksin kepada pekerja kilang – Sultan Selangor

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa agar pemberian vaksin bagi pekerja kilang di negeri itu dipercepatkan.

Titah baginda, usaha berkenaan perlu disegerakan bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19 dan seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok.

Melalui laman Facebook Selangor Royal Office pada Selasa, baginda bertitah, langkah itu perlu diambil memandangkan negeri tersebut mempunyaii jumlah kilang dan kawasan perindustrian yang banyak.

Baginda dalam masa sama menggesa pihak yang bertanggungjawab ke atas pengagihan vaksin di seluruh negara dapat menambah jumlah pemberian vaksin di negeri tersebut dengan segera.

Ini adalah bagi memastikan nisbah peratusannya selari dengan jumlah populasi serta kadar jangkitan wabak di negeri berkenaan.

Sementara itu, ketika menerima menghadap Timbalan Mufti Selangor yang baharu, Profesor Madya Miszairi Sitiris di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini, baginda turut menzahirkan kebimbangan berkenaan penularan wabak Covid-19 terutamanya menjelang sambutan Aidiladha minggu hadapan.

Baca juga:   Agong zahir terima kasih sumbangan vaksin pelbagai negara

Baginda menasihatkan seluruh umat Islam menyambut Aidiladha secara sederhana di rumah masing-masing dan tidak melakukan perjalanan merentas daerah atau pulang ke kampung kerana kes sporadik Covid-19 dalam negara semakin meruncing.

Baginda khuatir penularan yang berlaku pada sambutan Aidilfitri lepas berulang dan ia seharusnya dijadikan iktibar oleh setiap rakyat. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan