26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Janna Nick bengang kerajaan tak buat ‘total lockdown’?

Mesti Baca

PELAKON Janna Nick bengang apabila kerajaan tetap tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown sedangkan kes Covid-19 terus meningkat.

Lebih bengang lagi orang ramai diminta melaksanakan PKP Kendiri (self lockdown) sedangkan bagi beliau sebagai pelakon, terpaksa keluar untuk bekerja.

Self lockdown? Hmm entahlah nak… Kalau company tu bapak kita punya bolehlah self lockdown. Kalau tak, selagi tak positif (Covid-19), selagi tu la terpaksa keluar bekerja.

“Lagi satu, ingat berlakon boleh pakai mask ke? Entahlah!” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau, semalam.

Kerajaan semalam mengumumkan beberapa strategi bagi mengurangkan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-18 yang semakin menunjukkan peningkatan kes dari semasa ke semasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain 80 peratus penjawat awam yang akan bekerja dari rumah, kerajaan turut memutuskan 40 peratus pekerja di sektor swasta juga akan berbuat demikian.

Ekoran itu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengeluarkan arahan agar semua penggambaran filem, drama, dokumentari dan lain-lain hanya dilakukan di dalam studio rasmi yang berdaftar sahaja.

Advertisements

Finas dalam satu kenyataan berkata, tempoh penggambaran pula dilaksanakan mulai 8 pagi sehingga 8 malam yang berkuatkuasa mulai 25 Mei.

Selain itu, aktiviti penggambaran juga dijalankan dengan jumlah kru yang minimum tapa penonton serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Industri Kreatif yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Janna Nick berkata, dia bukannya merungut tetapi risau dengan kesihatan orang lain terutamanya ahli keluarga kerana bimbang menjadi pembawa virus senyap.

“Dulu kes tiga angka boleh la kita ‘yak yak ye’. Sekarang dah nak dekat lima angka. Nak keluar pun takut, paranoid.

“Bermacam jenis sanitizer kita bawa, segala macam spray kita bawa. Tak keluar pergi kerja nanti kena saman pula sebab langgar kontrak,” katanya.

Katanya lagi: “Sorry terpaksa luahkan. Kes dah mencanak-canak. Tetap tak nak total lockdown. Kita semua tahu perlaksanaan MCO 3.0 ni tak akan turunkan kes pun.” – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan