28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Nora Danish, Tiz Zaqiah positif Covid-19; Nedim negatif

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelakon terkenal, Nora Danish mengesahkan dia dijangkiti wabak Covid-19 selepas keputusan ujian saringan yang dilakukan pihak hospital semalam.

Menerusi akaun instagram peribadinya, Nora berkata, dia menjalani ujian calitan kerana mempunyai kontak rapat kategori C.

“Keputusan pagi tadi (semalam) mendapati Nora positif walaupun langsung tiada sebarang simptom.

“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka sudah lakukan PCR test 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Pada awalnya, Nora, 39, berkata, dia mempunyai temu janji vaksinasi, namun telah dinasihatkan untuk menangguhkannya terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Nora menasihatkan sesiapa sahaja yang pernah terjumpa atau berhubung dengannya antara 4 hingga 8 Mei agar turut melakukan ujian calitan bagi memastikan status kesihatan masing-masing.

Sementara itu, suami Nora, Nedim Nazri yang telah menjalani ujian kesihatan mendapati dia bebas daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi hantaran menerusi twitternya malam tadi, Nedim berkata, dia bersama dua anaknya disahkan negatif.

Advertisements

“Kami masih kuarantin dan akan buat ujian sekali lagi dalam tempoh 5 hari dan pada hari terakhir.

“Terima kasih atas doa semua tetapi pada masa sama tolong doakan agar isteri saya cepat sembuh walaupun tak ada sebarang gejala,” katanya.

TIZ ZAQYAH

Dalam pada itu, seorang lagi pelakon, Tiz Zaqyah turut mengesahkan dirinya positif Covid-19, lapor Astro Awani.

Pemilik nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, berkata, dia dapat merasakan tubuhnya menggigil dan tidak seperti kebiasaan selain mengalami batuk ringan.

Sebaik dimaklumkan positif Covid-19, Tiz Zaqyah berkata, dia dinasihatkan menjalani kuarantin di rumah.

“Tolong dapatkan segera ujian jika ada demam, selesema, bersin atau sakit kepala. Jangan terlalu yakin, sebab mungkin ada yang tiada simptom… pergi buat ujian sebelum menjadi lebih teruk.

“Duduk di rumah… virus ada di mana-mana,” kata Tiz Zaqyah menitip nasihat buat pengikutnya di Instagram.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan