30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ibadah haji dibenarkan dengan syarat ketat

Mesti Baca

MEKAH – Umat Islam dijangka dapat menunaikan ibadah haji tahun ini, namun dalam jumlah yang kecil.

Memetik laporan Arab News, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, beberapa syarat khas termasuk peraturan kesihatan yang ketat turut dikenakan sebagai langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.

Jelas kementerian itu, perbincangan sedang dilakukan bagi membolehkan umat Islam mengerjakan rukun Islam yang kelima tersebut.

“Keputusan itu berdasarkan kesungguhan kerajaan untuk membenarkan tetamu di Masjidilharam serta Masjid Nabawi menunaikan haji dan umrah.

“Kerajaan sentiasa meletakkan kesihatan dan keselamatan jemaah sebagai perkara utama,” kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi masih membincangkan dan membuat penilaian mengenai syarat yang akan ditetapkan.

Sebarang perkara lanjut akan dimaklumkan menerusi standard dan kawalan kesihatan COVID-19.

Musim haji tahun ini dijangka bermula pada 17 Julai ini.

Sebarang maklumat mengenai pelan operasi ibadah haji tahun ini akan dimaklumkan kemudian.

Bagi menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk, hampir 500,000 pemeriksaan dilakukan bagi memastikan langkah berjaga-jaga diambil oleh peniaga serta tempat kerja.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi juga sebelum ini memaklumkan semua petugas bagi musim haji tahun ini perlu menjalani vaksinasi.

Tahun lalu, kira-kira 1,000 jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Para jemaah dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal selain menempatkan pasukan perubatan di lokasi berkenaan.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan