24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Covid-19 makin serius, Mahathir rayu rakyat patuhi SOP

Mesti Baca


CYBERJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merayu rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu mengurangkan penularan wavak Covid-19 yang dianggap kini berada pada tahap amat serius.

Beliau dimaklumkan oleh pihak yang mengawal penyakit itu, sudah ada kes yang mana seorang sahaja boleh menyebabkan 2,000 orang dijangkiti.

“Kerana satu orang tidak dikawal dengan betul maka 2,000 orang sudah dijangkiti dan daripada 2,000 itu lebih daripada 20 sudah meninggal dunia. Inilah yang berlaku jika kita tidak boleh ikut SOP,” katanya dalam satu kenyataan khas hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keadaan sekarang menjadi lebih genting kerana virus tersebut sudah menjadi varian baru.

“Varian baru ini lebih mudah dijangkiti berbanding yang lama mungkin juga ia tidak dapat dikawal dengan suntikan vaksin kita. Sebab itu besar kemungkinan jumlah tiap-tiap hari akan bertambah kebih daripada sekarang, (mungkin) sehingga lebih daripada 5,000 kes, katanya (dijangka) lebih daripada itu.

“Kalau itu berlaku, kita akan hadapi masalah tidak ada tempat rawatan di hospital kita yang mencukupi. Sekarang ini pun kita dapati banyak alatan yang diperlukan tidak cukup untuk merawat pesakit-pesakit,” katanya.

Justeru beliau merayu rakyat tanpa mengira kaum, parti atau apa sahaja untuk membantu mengurangkan jangkitan Covid-19 dengan patuh kepada SOP.

“Tolonglah kita kurangkan kemungkinan kita dijangkiti dengan penyakit ini dengan kita patuh kepada SOP. Kalau boleh kita tinggal di rumah sahaja, mungkin ini akan menimbulkan masalah kerana kita perlu beli makanan dan sebagai tetapi sekarang ini makanan boleh dibeli (secara) online, kita tak payahlah pergi ke pasar untuk membeli belah selain daripada berkumpul di mana-mana.

“Kalau boleh kita dapati (perolehi) bekalan makanan daripada pihak lain akan menolong kita mengurangkan keluar daripada rumah untuk kita membeli-belah dan sebagainya,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, walaupun beliau sedih kerana ramai peniaga sudah bersiap sedia untuk berniaga di bazar Ramadan ia akhirnya ditutup, beliau berharap mereka akan tabah dan bersabar.

Advertisements

“Saya sedih kerana tentulah ramai mereka sudah bersiap sedia untuk menjual juadah dan sebagainya di bazar-bazar tetapi kalau kita utamakan jualan-jualan itu, ramai juga akan dijangkiti dan mungkin jugak ramai akan meninggal dunia.

“Kita kena tabah hati, kita kena sabar dan kita perlu berkorban sikit, saya harap pihak kerajaan dapat membantu mereka yang tidak ada makanan, wang dan sebagainya supaya penderitaan rakyat dapat dikurangkan,” katanya.

Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, apabila bazar Ramadan diadakan jumlah pesakit meningkat beribu-ribu daripada (berjaya) diturunkan di bawah 2,000 kini sudah sampai hampir 4,000 (iatu) 3,700 kes

“Ini kerana kita tidak jauhkan diri kita daripada orang lain. Saya mengakui bahawa agak sukar kita berbuat demikian, kita berjumpa dengan kawan-kawan dan sebagainya, mereka mendekati kita.

“Kita perlu jauhkan (jarakkan) diri daripada mereka. Yang penting bagi diri kita ialah kawalan disiplin kita iaitu jangan berdekatan dengan orang lain. Ini sahaja yang boleh menolong kita dan kita sudah tentu memakai pelitup muka kerana untuk elak daripada menjangkiti orang lain dengan penyakit Covid ini, jika sudah terkena kepada kita,” katanya.

Dr. Mahathur menegaskan, arahan supaya kita tidak berkumpul amat penting dipatuhi.

“Tak perlulah buat lawatan (Aidilfitri) ke rumah kawan dan sanak saudara kerana itu bukan satu lawatan yang baik tetapi mungkin kita akan dijangkiti atau mereka akan dijangkiti kerana kita buat lawatan.

“Kita perlu sabar dalam hari raya tahun ini kerana kita ingin melihat penyakit ini dikurangkan dengan tindakan oleh kita. Mereka yang belum disuntik dengan vaksin perlu berusaha mendapat suntikan vaksin ini.

“Ia memberi perlindungan kepada kita, walaupun tidak 100 peratus, tetapi lebih daripada 90 peratus lindungan diberi kepada kita sebab itulah kita mesti pandang serius keadaan dalam negara kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan