28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

11,813 majikan dikompaun RM1.35 juta langgar Akta 446

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 11,813 majikan atau 66.06 peratus daripada jumlah keseluruhan 17,882 majikan yang diperiksa setakat 8 Mei lalu didapati tidak mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, sebanyak 706 kertas siasatan telah dibuka terhadap majikan-majikan terbabit.

Menurut beliau, sebanyak 121 izin dakwa telah dikeluarkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 39 kes pendakwaan telah selesai dengan denda RM301,000.

“Sejumlah 216 izin kompaun telah dikeluarkan dengan tawaran kompaun sebanyak RM1,355,500.

“Sebanyak 46 Arahan Pindah telah dikeluarkan dan melibatkan 46 majikan dengan 1,962 pekerja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Secara keseluruhan, 17,882 majikan yang diperiksa oleh Pasukan Kerja Pematuhan Penginapan Pekerja Akta 446 menggajikan seramai 1,673,060 pekerja.

Sebanyak 6,069 (33.94%) majikan didapati patuh kepada akta tersebut.

Pelaksanaan penguatkuasaan dan pemeriksaan turut merangkumi sebanyak 103,829 penginapan yang menempatkan seramai 670,455 pekerja.

Pemeriksaan meliputi bangunan yang disediakan oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat tidak kira yang disediakan secara menyewa rumah, disediakan dalam bentuk kontena di kawasan pekerjaan mahupun melalui Centre Labour Quarters(CLQ) untuk didiami oleh pekerja.

Baca juga:   Kes harian Covid-19 menurun ke empat angka

Bagi perkara a) Penguatkuasaan Akta 446 di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Akta 446 telah berkuat kuasa pada Jun 2020 dan para majikan serta penyedia penginapan berpusat telah diberikan tempoh bertenang selama tiga bulan iaitu dari Jun 2020 sehingga Ogos 2020, sebelum penguatkuasaan sepenuhnya Akta 446 pada September 2020.

Baca juga:   Syarikat sarung tangan getah, perabot diingatkan patuhi Akta 446

Namun, ekoran tercetusnya kluster Teratai pada awal tahun 2021, kerajaan berpandangan bahawa Akta 446 boleh menjadi antara medium bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Ini telah membawa kepada pewartaan Akta 446 sebagai salah satu komponen akta yang dipinda di bawah Ordinan Darurat.

Sehubungan itu, pada 25 Februari 2021, Akta 446 diwartakan sebagai sebahagian daripada Ordinan Darurat dan penguatkuasaan akta ini turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia terus merancakkan operasi penguatkuasaan tanpa henti sehingga kini.

Saravanan menambah, penguatkuasaan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah secara bersepadu dan semua jabatan juga agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia digembleng bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dan pematuhan SOP COVID-19 dipatuhi sepenuhnya.

“Kementerian Sumber Manusia tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang dan juga ingkar akan SOP COVID-19.

“Ini adalah demi memastikan usaha kerajaan dalam memutuskan pandemik COVID-19 berjaya,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   Safawi berlepas ke Portugal, pemain kedua selepas Luqman Hakim

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan