24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Alif Satar positif COVID-19, sertai Muzik-muzik TV3 semalam

Mesti Baca

KUALA LUMPUR: Industri hiburan negara gempar apabila artis serba boleh, Alif Satar disahkan positif COVID-19 hari ini.

Pelakon, penyanyi dan pengacara televisyen berusia 30 tahun tersebut mengumumkan perkara itu di laman Instagramnya petang ini.

Aktiviti seni terkini artis tersebut ialah menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam anjuran TV3, semalam.

Alif berkata, beliau terkejut dengan keputusan ujian saringan yang diterima hari ini dan telah menyerahkan senarai nama dan butiran kontak yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada Kementerian Kesihatan.

“Dalam kesibukan penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19.

Advertisements

“Malangnya, keputusan terkini yang baru diterima hari ini menunjukkan saya positif.

“Perkara ini amat mengejutkan dan mendukacitakan,” katanya dalam entri itu tersebut.

Alif berkata, perkara pertama yang difikirkan adalah keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak termasuk rakan di set penggambaran dan kontak rapat.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya mohon doa semua supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.
“Saya berdoa supaya semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya. – EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan