Saturday, June 13, 2026

Pesawat ringan mendarat cemas di lebuhraya PLUS

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) dekat Kulai terkejut apabila sebuah pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di Kilometer 47.8 lebuh raya berkenaan hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi akhbar tersebut.

Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan