28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ibu bapa, adik Alif Satar turut positif Covid-19

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sungguh berat ujian artis terkenal, Alif Satar apabila ibu dan ayahnya juga disahkan dijangkiti Covid-19 selepas penyanyi itu disahkan positif pandemik berkenaan, semalam.

Pengurus Alif, Adlina yang mengesahkan perkara itu berkata,selain orang tua penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.

Adlina memberitahu, ketika ini, kesemua ahli keluarga artis yang diuruskannya itu diberikan rawatan di hospital.


“Isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pagi tadi.


“Sehubungan itu, penyanyi, pelakon dan pengacara tersohor negara itu, kata Adlina, memohon peminat-peminatnya agar mendoakan isteri dan tiga orang anaknya bebas daripada jangkitan pandemik Covid-19,” katanya yang dipetik Astro Awani, hari ini.

Ernie Zakri turut membuat ujian calitan semalam.


Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka memaklumkan, dia berada dalam keadaan sihat dan menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.


“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.


“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” tambah Adlina.


Dalam perkembangan berkaitan,beberapa rakan artis Alif yang dipercayai kontak rapat penyanyi itu mengambil langkah melakukan ujian saringan.


Dalam kemas kini di akaun Instagram masing-masing, beberapa artis antaranya Hael Husaini, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel dan Stacy Anam memuat naik video dan berkongsi pengalaman melakukan ujian calitan.

Agak menyentuh hati apabila Alif sendiri turut berada di ruang komen dan sempat meminta maaf kepada rakan-rakannya.


“Maaf bro, baru je kita jumpa. Aku doakan kau dijauhkan dari Covid-19,” tulis Alif di ruang komen pada video yang dimuat naik Zyn Akal.


Turut membuat ujian adalah Altimet yang menyifatkan pengalaman tersebut sebagai ‘tidak kelakar’.


“Tak kelakar weh. Apapun ni yang ditakdirkan, hadap je lah,” tulisnya.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan