23.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 8, 2022

Program Ceria Ke Sekolah TNB penuhi keperluan golongan sasar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tanpa gagal sejak lapan tahun lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menceriakan anak-anak sekolah dengan sumbangan pelbagai peralatan persekolahan menerusi Program Ceria Ke Sekolah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB itu, sebelum ini dikenali sebagai Back To School yang mensasarkan bantuan untuk golongan B40 di seluruh negara.

Untuk tahun 2021, TNB telah memperuntukkan sejumlah tiga juta ringgit untuk disalurkan kepada golongan sasar tersebut yang disampaikan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Sejumlah lebih kurang 30,000 kanak-kanak sekolah kumpulan B40 telah mendapat manfaat menerusi program CSR tersebut.

Terbaru, sumbangan peralatan persekolahan itu disampaikan kepada 100 anak-anak sekolah di kawasan sekitar Parlimen Kuala Kedah yang disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Pengerusi TNB, Megat Mohd Rafiezi Megat Mohd Rodzi di Dewan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Menurut Megat Mohd Rafiezi, sumbangan yang diberikan itu menunjukkan bantuan Ceria Ke Sekolah TNB, sampai ke golongan sasar dan sememangnya dinantikan oleh anak-anak sekolah kumpulan B40 terbabit.

Baca juga:   TNB bekal elektrik voltan tinggi untuk LRT Laluan Shah Alam

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa, setiap peruntukan yang disalurkan oleh TNB menerusi program CSR Ceria Ke Sekolah itu, sampai ke tangan golongan sasar.
“Saya sendiri selaku Pegawai Khas kepada Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, turun padang menyampaikan sumbangan ini untuk dimanfaatkan oleh golongan sasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   TNB tak potong bekalan elektrik hingga 30 Jun

Walau bagaimanapun, katanya, dari segi tempoh masa agihan sumbangan tahun ini mengalami sedikit kelewatan berikutan kekangan pergerakan rentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Saya fikir semua pihak memahami situasi kelewatan agihan sumbangan tersebut memandangkan kita dibatasi dengan Covid-19 yang menyebabkan semua pihak terjejas.

“Namun demikian, kita telah cuba sedaya upaya menyelesaikan agihan sumbangan CSR Ceria Ke Sekolah itu pada awal bulan April lalu semuanya dah selesai,” kata beliau.

Selain peralatan persekolahan, turut diberikan kit ‘Anti-Covid-19’ yang mengandungi pelitup muka dan cecair sanitasi tangan, sesuai dengan situasi semasa pandemik Covid-19 yang masih berleluasa.

Untuk sumbangan Ceria Ke Sekolah bagi tahun hadapan, TNB juga bercadang untuk menyampaikannya kepada anak-anak kakitangan TNB sendiri sebagai satu bentuk penghargaan kepada kakitangan-kakitangan TNB.

Cadangan pemberian untuk anak-anak kakitangan TNB itu diutarakan oleh Mahdzir sendiri dalam satu majlis penyerahan sumbangan Ceria Ke Sekolah Peringkat Ibu Pejabat TNB baru-baru ini. – Edisi 9

Baca juga:   TNB serah bantuan RM250,000 kepada mangsa banjir di Johor

Wartawan

Terkini

Terima kasih kerajaan sedia peruntukan besar untuk pendidikan

Oleh TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR SAYA mengalu-alukan peruntukan Bajet 2023 bagi Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.6 bilion, kenaikan sebanyak RM3 bilion...

Lagi Artikel Berkaitan