23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Kenaikan tarif elektrik jejas orang ramai tidak dibenarkan – PM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KERAJAAN tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berhubung perkara itu.

“Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai. Kenaikan seperti mana yang dulu itu hanya melibatkan golongan atasan yang saya sebut maha kaya, atau pun industri yang mencatat keuntungan.

“Rakyat terbanyak tidak terkesan dari kenaikan elektrik, walaupun saya faham kos meningkat.

Advertisements

“Walaupun kos meningkat, tidak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat. Ini dari segi dasar (kerajaan). 

“Saya faham keperluan naik, tapi kenaikan tidak boleh melibatkan kedudukan kos kepada majoriti rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Al-Hana, Kuah, Langkawi hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Fadillah dan TNB akan memberikan penjelasan secara terperinci berhubung perkara itu.

TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam memaklumkan jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4, dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, masih di peringkat cadangan. — BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan