27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Wartawan ‘tunjuk’ imej suami mandi bogel

Mesti Baca

CALIFORNIA – Ketika kebanyakan negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan virus Covid-19, ramai daripada kita terpaksa bekerja dari rumah dengan menggunakan aplikasi sidang video untuk pelbagai tujuan.

Bagi Melinda Meza, wartawan siaran televisyen KCRA 3 di Sacramento, Amerika Syarikat, niat baiknya hendak berkongsi pengalaman mengunting rambut melalui rakaman video telah membawa padah apabila dengan tidak sengaja menunjukkan imej suaminya sedang mandi bogel melalui pantulan cermin.

Advertisements

Menerusi rakaman video yang kemudiannya menjadi viral itu, Melinda sedang berdiri di hadapan cermin di dalam bilik air sambil menunjukkan cara-cara dia mengunting rambut.

Seorang pengguna Twitter yang mengesan situasi itu berkongsi rakaman video tersebut sambil menyatakan ‘Beritahu saya jika anda melihatnya.”‘ – Mirror UK

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan