29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Selamat hari jadi Dr. Noor Hisham

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Hari ini, doktor yang paling popular di negara ini dan dinobatkan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam soal pengurusan isu Covid-19, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah genap berusia 57 tahun.

“Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi, ” kata Dr. Noor Hisham semalam sambil tersenyum.

Saban hari, kemunculan anak kelahiran Sepang, Selangor itu di kaca televisyen pada lima petang, sentiasa dinanti-nantikan bagi mendapatkan maklumat perkembangan mutakhir Covid-19 dan hal berkaitan.

Menjelang hari ulang tahun kelahirannya, Noor Hisham membawa khabar positif wabak Covid-19 apabila menyatakan jumlah kes positif baru dicatatkan Malaysia pada Isnin adalah yang terendah sejak 12 Mac lepas dengan 36 kes dan tiada kematian dilaporkan.

Ketika ditemui Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di dunia.

Noor Hisham, yang juga pakar bedah, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Dr Hasan Abdul Rahman.

Sempena ulang tahun kelahirannya hari ini, sudah tentu, di media sosial, ramai peminat Noor Hisham mendapat pelbagai ucapan ulang tahun kelahiran dan gambar beliau sedang swafoto (selfie) menarik perhatian Netizen.

Sambil meletakkan gambar Noor Hisham berswafoto di Twitter, Sangrama@_apipvonz memberi komen: “bukan selalu nak tengok beliau ni selfie, happy birthday. @DGHisham.”

“Happy birhday @DGHisham.  moga dalam rahmat Allah selalu dr hero kami semua, kata Azimah Aisha@Aishaazimah1. – EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan