27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

Lukisan potret pula untuk Dr Noor Hisham

Mesti Baca

DUA beradik dari Melaka tidak ketinggalan untuk menyampaikan penghargaan dan tanda terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dijulang sebagai wira melawan Covid-19.

Kanak-kanak tersebut, Dhiya Hiswaniza Hayyan dan adiknya Muhammad Darwisy melakarkan potret Dr Noor Hisham di atas kertas lukisan dengan catatan “Terima Kasih Dr Hisham” yang kemudian dikongsi dalam akaun Facebook ibu mereka, Zkea Samsi.

“Titipan buat insan paling istimewa, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada Dhiya Hiswaniza dan Muhammad Darwisy Hayyan,” tulis mereka.

Sebelum ini seorang kanak-kanak 9 tahun dari Kuala Terengganu, Lara Khadijah McAfee telah mengutuskan sepucuk surat tanda terima kasih kepada Dr Noor Hisham atas usahanya memastikan seluruh rakyat sihat dan bebas daripada wabak Covid-19.

Kanak-kanak itu mendapat perhatian umum apabila surat kiriman dia mendapat maklum balas daripada Dr Noor Hisham yang turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Baca juga:   Sajak Najib kepada rakyat, penyokong setianya

Kesudian Dr Noor Hisham membalas warkah Lara Khadijah mendapat pujian ramai kerana dalam kesibukan beliau menghadapi wabak Covid-19 masih sempat meluangkan sedikit masa membalas surat peminat kecilnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

BKP secara one-off mula dibayar esok – PM

BANTUAN Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off bermula esok bagi membantu individu yang terkesan akibat Covid-19. Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan