25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

42 hari menanti kepulangan Farid, rupa-rupanya…

Mesti Baca

PENANTIAN keluarga selama 42 hari menunggu kepulangan Ahmad Farid Ahmad Alaudin berakhir dengan tragedi apabila mayatnya ditemukan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bandar Ainsdale, Nilai semalam.

Farid dikatakan keluar dari rumah ibu bapanya di Melaka untuk ke rumah seorang kawan di Tangkak, Johor pada 13 Mac lalu tetapi tidak dapat dikesan selepas dua hari.

“Arwah minta izin ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon, tapi tak dijawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja,” tulis kakak mangsa, Ain Alaudin di Facebook.

Katanya, kebiasaannya Farid akan balik ke rumah walaupun lambat menghabiskan kerjanya.

“Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak itu, rupanya mereka tidak jadi ke Tangkak malam itu.

“Selidik punya selidik, rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang 3 pagi, arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka, mengikut kata kawan arwah di Ampang.”

Beliau berkata, keluarganya membuat laporan polis pada 17 Mac lalu, sehari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa dan memulakan usaha mencari Ahmad Farid di Hospital Ampang kerana dimaklumkan mangsa mengalami kemalangan.

“Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa identiti, tapi tetap tak jumpa.

Advertisements

“Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.”

Selepas 42 hari katanya, anggota polis dari Durian Tunggal, Melaka ke rumah mereka pada 4 petang semalam untuk memaklumkan penemuan mayat mangsa.

ANGGOTA polis memeriksa lokasi penemuan kerangka manusia yang masih bertopi keledar di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bandar Ainsdale, Nilai, semalam.

Memetik laporan FMT, satu rangka manusia yang masih bertopi keledar dijumpai pekerja PLUS Malaysia Bhd di dalam longkang tengah pembahagi jalan di KM281.9 arah selatan lebuh raya berkenaan kira-kira 11.30 pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada motosikal, serpihan kaca atau kerosakan dijumpai pada penghadang jalan di lokasi berdekatan rangka itu.

Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dikerahkan ke tempat kejadian.

Berdasarkan laporan itu, mangsa ialah Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19, berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, jenazah Farid dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat dan dijangka dikebumikan esok.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan