26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

164 pelajar Malaysia di Magetan dibawa pulang esok

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil keputusan membawa pulang baki 164 lagi pelajar Malaysia di sebuah pesantren di Temboro, iaitu salah satu lokasi zon merah penyebaran wabak Covid-19 di Magetan, Indonesia.

Memetik laporan CNN Indonesia, Setiausaha Daerah Wilayah Jawa Timur, Heru Tjahjono berkata, kesemua mereka akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur esok menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya.

“Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bertolak ke lapangan terbang. Sepanjang penerbangan nanti mereka akan diiringi oleh para kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu kluster baharu membabitkan rakyat negara ini yang pulang dari Indonesia.

Katanya, kluster tersebut membabitkan 43 pelajar yang pulang dari Temboro melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

Advertisements

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI), Lukman Ismail menyambut baik langkah kerajaan membawa pulang kesemua pelajar di Pondok Pesantren Al Falah, Temboro memandangkan kawasan tersebut sangat tidak selamat.

Bahkan beliau berharap kerajaan juga berusaha membawa pulang baki rakyat Malaysia yang berada di zon-zon merah Covid-19 di negara itu, atau sekurang-kurangnya di kuarantin di kawasan selamat di sana.

“Melihat situasi peningkatan kes Covid-19 di Indonesia, PAPTI bimbang dengan keselamatan pelajar Malaysia yang masih berada di negara itu. Kami berharap langkah-langkah pencegahan yang ketat telah diberikan kepada pelajar terbabit.

“Jika mereka berada di zon merah, usahakanlah bawa mereka pulang dan kuarantinkan mereka di sini terutama mereka yang tinggal di pondok-pondok pesantren,” katanya kepada Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan