34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

‘Allah sayang DS Najib’, tulis Ebit Lew untuk bekas PM

Mesti Baca

‘ALLAH sayang DS Najib.’ Demikian kata-kata yang dicatatkan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew di dalam sebuah buku yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Buku bertajuk Menyelusuri Cinta itu ditulis oleh Ebit sendiri.

Najib dalam Facebooknya berterima kasih kepada Ebit atas hadiah yang bermakna tersebut.

EBIT LEW menurunkan tanda tangan pada buku yang akan dihadiahkan kepada Najib.

“Berbuat baik ini kadangkala penuh dugaan. Allah sayang Ustaz sebab itu Ustaz diberi ujian sebegini.

“Yakinlah, ramai di luar sana menyokong kerja-kerja Ustaz Ebit. Dan kerja-kerja ini adalah untuk kebaikan.

Advertisements

“Ujian dalam hidup hanya kerana Allah sayang. Kita semua menuju perkara yang sama iaitu keredhaan Allah SWT. Teruskan kerja-kerja, Ustaz,” tulis Najib.

Pendakwah itu sebelum ini mengumumkan untuk berehat daripada melakukan kerja menyampaikan sumbangan kepada orang awam selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis.

Ia berikutan dakwaan bahawa beliau melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pihak polis ada menerima laporan mengenainya.

Ekoran itu, Najib mendoakan agar Ebit dapat meneruskan kerja-kerja amal yang dilakukan sebelum ini.

“Mulia perjuangan dan hati Ustaz membantu mereka yang memerlukan. Moga suatu hari nanti Ustaz dapat meneruskan aktiviti amal ini. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya,” kata Najib. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan