25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ismail Sabri ucap tahniah buat Liz Truss

Sebelum ini warga Britain menanti pengumuman pelantikan Perdana Menteri baharu menggantikan Boris Johnson yang meletak jawatan pada 7 Julai lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss atau lebih dikenali sebagai Liz Truss di atas lantikan sebagai Perdana Menteri United Kingdom.

Beliau turut berharap agar dengan pelantikan tersebut hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin

”Selamat menjalankan tugas dan saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” kongsinya dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini warga Britain menanti pengumuman pelantikan Perdana Menteri baharu menggantikan Boris Johnson yang meletak jawatan pada 7 Julai lalu.

Antara yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan penting itu adalah Liz Truss yang berusia 47 tahun.

Memetik laporan Agensi, Liz Truss merupakan graduan dari Universiti Oxford pada 1996 dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

Beliau aktif berpolitik sejak di Universiti, khususnya Demokrat Liberal sebelum bertukar ke Parti Konservatif.

Advertisements

Pada pilihan raya 2001, Truss merupakan calon Tory untuk Hemsworth, West Yorkshire, namun kalah dalam pemilihan. Beliau juga kalah dalam pilihan raya 2005.

Namun begitu, pada 2010, beliau telah dimasukkan dalam ‘senarai’ calon pemimpin Konservatif di bawah pimpinan David Cameron.

Pada September 2021, Boris Johnson telah menaikkan pangkat Truss daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa kepada Setiausaha Luar Bagi Hal Ehwal Luar Negara, Komanwel dan pembangunan.

Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik sebagai Setiausaha Luar buat negara itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan