BERLAKU huru-hara selepas sebuah jambatan kecil runtuh semasa upacara pembukaan rasminya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Video berdurasi 30 saat itu tular di media sosial hari ini.
Tanpa mendedahkan nama ahli politik yang merasmikan jambatan berkenaan, video berkenaan dengan jelas menunjukkan reaksi setiap individu yang berada di atas jambatan ingin menyelamatkan diri.
Pegawai dan penduduk berkumpul untuk upacara pembukaan secara rasmi itu.
Difahamkan, jambatan itu disediakan bagi membantu orang ramai menyeberangi sungai semasa musim hujan kerana jambatan lama sering tenggelam.
Reben merah diikat di penghujung jambatan dan salah seorang pegawai telah ditetapkan untuk memotongnya dengan gunting.
Bagaimanapun, sejurus selepas reben dipotong, jambatan berkenaan runtuh dan orang ramai yang berada di atasnya saling berpegangan serta berpelukan.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya warga DRC sendiri.
-EDISI9