29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

DOF sahkan gegelang sotong ‘viral’ tiada DNA babi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Mohd Sufian Sulaiman, berkata jabatan itu melalui makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, telah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu.

“Justeru, DOF menegaskan beberapa sampel gegelang sotong sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna tempatan adalah selamat dan tidak mengandungi DNA babi,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian itu akan dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan lanjut.

Mohd Sufian berkata, pusat biosekuriti berkenaan adalah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan sumber laut, bagi kegunaan oleh pengguna Malaysia.

Beliau berkata, selain mempunyai kepakaran mengesan DNA babi, pusat biosekuriti itu juga bertanggungjawab memastikan makanan laut dalam pasaran dan diimport ke negara ini, bebas penyakit dan kandungan dilarang, selain penternak perlu mematuhi peraturan antarabangsa.

Baca juga:   Tular penghantar barang angkut motosikal

“Untuk produk makanan laut yang mahu dieksport pula, penternak perlu mendapatkan sijil keselamatan ikan dan sijil bebas bahan dilarang, barulah mereka boleh eksport produk berkenaan,” katanya bahawa makmal itu telah diakreditasi MS ISO 17025.

Mohd Sufian juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak benar, kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan keraguan dalam kalangan pengguna.

Baca juga:   Satu hari nanti, orang akan kata 'TQ Pak Long Mail'

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan gegelang sotong yang dijual di pasaran, diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong.

Wartawan

Terkini

Skim bantu PKS dimuktamadkan Februari ini

BAGI merancakkan lagi ekonomi negeri Johor, satu skim bagi membantu peniaga Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) & Perusahaan Mikro Bangsa...

Lagi Artikel Berkaitan