28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Suara akar umbi tunjang kekuatan perjuangan UMNO

Ismail Sabri mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan sempena PAU 2021 yang bermula esok

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agar akar umbi parti menjadikan Persidangan Agung UMNO 2021 yang bermula esok sebagai gelanggang untuk menyatakan suara dan pandangan masing-masing.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ini kerana suara akar umbi adalah tunjang kekuatan dan semangat perjuangan parti keramat tersebut.

Pada masa yang sama beliau turut mendoakan agar Allah SWT merahmati setiap bibit perjuangan UMNO dan mengankat darjat kebsesaran maruah bangsa dan negara.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO dari seluruh negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula esok.

“Jadikan persidangan ini untuk menyatakan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan dan semangat perjuangan parti yang kita cintai ini.

“Semoga Allah SWT merahmati setiap bibit perjuangan parti keramat UMNO dan mengangkat darjat kebesaran maruah bangsa dan negara.

“UMNO, sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Seramai 5,571 perwakilan akan menghadiri PAU 2021 yang akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

PAU 2021 akan membuka tirai dengan ucapa menaikkan bendera diikuti oleh perasmian serentak Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Ucapan Dasar oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain ucapan dasar Presiden, perwakilan juga akan membahas usul-usul politik, pendidikan, agama, sosial dan lain-lain sepanjang persidangan berlangsung.

PAU 2021 diwarnai dengan semangat dan kesyukuran yang tinggi setelah Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dalam dua pilihan raya negeri iaitu di Melaka pada November lalu dan Johor, Sabtu lalu. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan