Monday, June 15, 2026

Lagak seperti anggota penguatkuasa elak kesesakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGAK seperti anggota penguatkuasa!

Begitulah keadaan yang berlaku apabila seorang pemandu Toyota Camry yang bertindak lagak seakan-akan seperti anggota penguatkuasa di jalan raya tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video kamera perakam video (dashcam), pemandu kereta berwarna hitam itu yang dilihat memakai sarung tangan putih mengangkat tangan bagi mengarahkan pengguna jalan raya memberi laluan kepadanya.

Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkannya berdepan dengan kesesakan lalu lintas dalam kejadian pada pukul 6.13 petang Selasa lalu.

Pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada pemandu tersebut kerana mereka percaya dia merupakan anggota penguat kuasa.

Tambahan pula, pemandu tersebut memasang lampu strobe di bahagian papan pemuka atau dashboard keretanya.

Hasil semakan mendapati, nombor plat kenderaan tersebut berdepan dengan empat saman berjumlah RM1,050 setakat 13 Mei lalu.

Selain itu, kenderaan tersebut dimiliki oleh Spanco Sdn Bhd, syarikat yang dipercayai membekalkan kenderaan kepada kerajaan.

Lokasi kejadian masih belum dikenal pasti.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan