26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Agong, Permaisuri ucap selamat Chap Goh Mei, Thaipusam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei kepada masyarakat Cina di negara ini.

Facebook Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada yang menyambutnya.

Chap Goh Mei disambut pada hari ke-15 pada bulan pertama mengikut kalendar masyarakat Cina menandakan hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina.

Turut tidak ketinggalan, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu di negara ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Anwar berkata perayaan serta budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.

“Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta,” katanya dalam Facebook hari ini.


-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan