32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Gambar fitnah PM: Polis digesa siasat ‘Sam MY’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini susulan gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY semalam memaparkan gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu mendakwa rakyat disuruh makan menu Rahmah sedangkan Perdana Menteri menikmati hidangan daging unta.

Menurut Fahmi, pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri, dengan menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama (individu di kanan gambar Abd Rahman Yusof, kenalan saya telah lama meninggal dunia pada 8 Jun 2021) dalam fitnah ini.

“Saya telah mohon MCMC dan PDRM siasat segera,” katanya dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   Inilah rakyat Malaysia pertama miliki 'darah emas'

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan