26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suami berkahwin lain, isteri dan 7 anak menderita

Lebih malang, wanita tersebut bersama anak sulungnya menderita masalah mental dan terpaksa mendapat rawatan psikiatri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA si suami berkahwin lain, seorang wanita bersama tujuh anaknya berusia empat hingga 14 tahun diusir oleh tuan rumah tempat mereka berteduh selepas gagal melunaskan sewa sejak Oktober tahun lalu.

Lebih malang, wanita tersebut bersama anak sulungnya menderita masalah mental dan terpaksa mendapat rawatan psikiatri manakala suaminya ‘bahagia’ bersama keluarga baharu.

Menceritakan kisah wanita tersebut, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Facebooknya berkata, tuan rumah tidak lagi dapat memberikan tempoh kerana sewa rumah telah tertunggak sejak Oktober tahun lalu.

Malahan tuan rumah turut diheret rumah dengan masalah kewangan akibat perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut.

“Ibu ini merupakan pesakit mental dan bergantung dengan ubat – ubatan psikiatri untuk mengawal emosinya menjadi agresif dan tidak terkawal. 7 orang anak yang sulung berusia 14 tahun dan yang bongsu berusia 4 tahun berada di bawah tanggungannya.

“Suaminya pula dikhabarkan tidak kerap pulang ke rumah kerana telah bernikah lain serta menguruskan keluarga baharu,” katanya.

Menurut LZS, tindakan suaminya itu turut memberi tekanan emosi bukan sahaja kepada isterinya, malahan anak sulung pasangan tersebut yang berusia 14 tahun.

Advertisements

“Anak remaja yang berusia 14 tahun kini juga perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosinya,” katanya.

LZS mengambil tindakan segera menyerahkan sumbangan tunai serta bantuan lain akan disusuli selain bantuan daripada pihak NGO dan jiran sekeliling.

Katanya, ini bagi memastikan keluarga berkenaan mendapat bekalan makanan yang mencukupi bagi keperluan hidup mereka.

Pada masa yang sama LZS turut mendapat kebenaran tuan rumah untuk memberikjan sewa selanjutnya kepada keluarga berkenaan dengan tunggan sewa bulanan ditanggung oleh pihaknya.

“Kes ini juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan buat mereka,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan