32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Mohd Na’im

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Menurut beliau, nasihat itu juga berpandukan kepada ketetapan panduan yang telah dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.

“Batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

“Justeru, dengan prinsip ini umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Mohd Na’im meminta seluruh rakyat Malaysia agar menghormati perayaan setiap agama di negara kerana ia adalah asas kerukunan hidup yang harmoni di antara penganut agama.

“Agama Islam juga menyeru supaya umat Islam sentiasa menjaga kerukunan dalam masyarakat,” ujarnya.

Malah ujar beliau, keharmonian dalam bernegara adalah kunci perpaduan, keamanan jua kemakmuran negara.

“Kerajaan Perpaduan mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat penganut bukan Islam yang merayakannya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan