25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Lelaki warga asing tak siuman tak ‘makan’ pujuk langgar lori

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga asing yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pasukan polis akhirnya melarikan diri sehingga melanggar sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Suria, Bandar Seri Alam di Pasir Gudang, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian berkenaan daripada orang awam pada pukul 7.58 pagi.

Menurut beliau, pada masa yang sama katanya, pihak polis mengesan satu video yang tular berdurasi 24 saat menerusi aplikasi TikTok berkenaan kejadian itu.

“Video berkenaan memaparkan sudah ada kehadiran tiga anggota polis sedang memujuk seorang lelaki yang menimbulkan kacau ganggu. Video berkenaan juga memaparkan aksi lelaki berkenaan yang enggan bekerjasama.

“Bertindak atas maklumat Ketua Balai Polis Seri Alam bersama anggota pergi ke lokasi kejadian. Lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman.

“Usaha memujuk lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 20 tahun yang merupakan warganegara asing gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Sohaimi, lelaki berkenaan cuba melarikan diri hingga melanggar sebuah lori.

“Lelaki berkenaan juga bertindak mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepalanya di bahagian cermin hadapan lori terbabit,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan.

“Lelaki itu akan dirujuk ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HSI untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan