26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Dua lelaki tular gaduh depan Pasar Bentong dah kena tangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan rakaman video tular membabitkan pergaduhan di hadapan sebuah pasar berlaku di Pasar Bentong, Pahang, kira-kira pukul 3 pagi pada 23 Januari lalu.

Video tersebut telah tular beberapa hari lalu di laman sosial milik “Aung Phyo Thu”.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, polis telah menahan dua suspek berusia 21 dan 22 tahun kira-kira jam 3.45 petang pada 25 Januari lalu bagi membantu siasatan.

“Mangsa seorang lelaki warganegara tempatan berusia 18 tahun yang juga pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

“Mangsa telah membuat laporan polis kira-kira pukul 4.13 petang pada 23 Januari lalu.

“Siasatan awal berdasarkan rakaman percakapan mangsa mendapati, mangsa dan abangnya dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan Pasar Bentong,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Baca juga:   Penuntut UPNM maut dirempuh kereta hilang kawalan

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam kes ini kerana telah menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan.

“Pihak polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan