26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Suami isteri guru SMAP Kajang maut kemalangan di LPT 2

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri yang merupakan guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor maut dalam kemalangan di Kilometer 274 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh , Kemaman, Terengganu, petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, tiga anak mereka iaitu Faikal Nabila, 8, Fatin Najla,10, dan Farah Najwa, 20, cedera pada bahagian tangan, kaki dan muka.

Dalam kemalangan pada pukul 4 petang itu, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya, Rosmayati [email protected], 48, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, sewaktu kejadian kesemua mangsa yang menetap di Kajang dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kampung Gelugor, Kerteh.

“Sebelum itu mereka sempat menghantar salah seorang anak lelaki mereka ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Toyota Estima dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas di laluan kiri lebuh raya. Kenderaan tersebut kemudian berpusing beberapa kali sebelum terhenti di pembahagi lebuh raya.

Baca juga:   Muhyiddin mengaku tidak bersalah enam pertuduhan

“Impak pelanggaran menyebabkan pasangan suami isteri tersebut masing-masing tercampak keluar lima dan 10 meter dari kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Hanyan berkata, ketiga-tiga anak mangsa yang cedera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Manakala menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke unit forensik hospital sama bagi tindakan bedah siasat.

Baca juga:   Tiga beradik maut dalam nahas tiga kenderaan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan