26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

TV Pendidikan sudah diwujudkan semula, akan terus diperkasakan – Dr Radzi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mewujudkan kembali TV Pendidikan yang disiarkan di televisyen konvensional bermula pada 6 April 2020.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, Kementerian akan berusaha untuk terus memperkasakan TV Pendidikan dengan pendekatan yang bersesuaian.

Menurutnya, TV Pendidikan disiarkan semula sejurus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac 2020.

“Pada masa ini TV Pendidikan bersiaran selama 9 jam sehari, iaitu 2 jam di TV Okey, 4 Jam di Astro Tutor TV dan 3 jam di NTV7.

“Kami sedar jumlah masa siaran ini adalah masih belum mencukupi dengan mengambil kira keadaan semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements
Kerajaan menyediakan sembilan jam tempoh siaran TV Pendidikan setiap hari menerusi tiga saluran televisyen. – Grafik KPM

Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata,KPM amat menghargai pandangan dan saranan pelbagai pihak berkaitan TV Pendidikan.

Katanya, TV Pendidikan di televisyen konvensional yang bermula pada 1972 telah dipindahkan ke dalam talian melalui EduwebTV pada 1 Mac 2008.

Namun katanya, bermula pada 1 Januari 2009, TV Pendidikan tidak lagi disiarkan di saluran TV konvensional.

“KPM telah mewujudkan semula TV Pendidikan konvensional bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” ujar beliau.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan