27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PRK DUN Jepak 4 November

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 4 November ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 21 dan 31 Oktober.

Katanya, PRK DUN Jepak memerlukan peruntukan sebanyak RM2 juta.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 3 November.

“Pusat penamaan calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang digunakan adalah di Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

PRK Dun Jepak diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu kerana komplikasi buah pinggang.

PRK Dun Jepak adalah PRK kelima diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lalu.

Dr. Azmi Sharom berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Jepak adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Jun 2023 yang dikemaskini sehingga 15 September.

“DPPR ini mengandungi seramai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis. DPPR bagi PRK DUN Jepak akan mula dijual pada 16 Oktober,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan