25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Spurs setuju jual Kane kepada Bayern

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SAGA perpindahan Harry Kane berakhir apabila majikannya, Tottenham Hotspurs dilaporkan bersetuju menjual penyerang itu kepada Bayern Munich pada harga RM583.7 juta.

Bayern akhirnya berjaya mencapai persetujuan secara prinsip dengan kelab utara London itu susulan perbincangan yang memakan masa selama berminggu-minggu.

Kane yang telah mencapai persetujuan dalam terma dan syarat dengan kelab Bavaria itu bakal menerima gaji mingguan sebanyak RM2.33 juta jika berhijrah ke Jerman.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy sebelum ini meletakkan tanda harga RM700 juta untuk penyerang kebangsaan England itu namun dengan baki kontrak yang hanya tinggal semusim, tawaran RM583.7 juta sudah cukup menarik minat Spurs.

Advertisements

Keputusan kini terletak di tangan Kane sama ada mahu berhijrah ke Jerman atau bermula semula di Spurs di bawah pengurus baharu, Ange Postecoglou.

Penyerang itu mahu keputusan dibuat dalam minggu ini kerana tidak mahu terbawa-bawa dengan masa depan yang samar apabila kempen liga bermula.

Penyokong Spurs berteriak ‘kamu mahu kamu kekal’ ketika perlawanan persahabatan antara kelab itu dan Shakhtar Donestsk, Ahad lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan