Saturday, June 13, 2026

Raja Rozela mahu bersara awal – Jabatan Peguam Negara

Mesti Baca

JABATAN Peguam Negara menegaskan keputusan menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai ketua pasukan pendakwaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan dengan membuat pertimbangan yang teliti.

Katanya, Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April 2023 dan pemohonan berkenaan telah diluluskan serta berkuat kuasa pada 1 November 2023.

“Beliau telah memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, tempat Raja Rozela diganti oleh Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

“Pemilihan Datuk Mohd Dusuki sebagai ketua pasukan Pendakwaan yang baharu adalah berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun beliau sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.

“Beliau pada ketika ini adalah Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuklah kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, memandangkan kes membabitkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga Disember tahun ini, seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan ini.

“Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan ketua pasukan pendakwaan membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah digantikan baru-baru ini. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan