25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bangladesh laksana polisi ‘Tanpa pelitup muka, tiada layanan’

Mesti Baca

DHAKA – Kerajaan Bangladesh mula menerapkan pendekatan polisi baharu iaitu ‘Tanpa Pelitup Muka, Tiada Layanan’ di semua pejabat kerajaan dan swasta seluruh negara.

Pelaksanaan dasar lebih tegas itu demi untuk cegah penularan wabak COVID-19 susulan trend peningkatan kes dan sikap tidak berdisiplin rakyat negara rantau Asia Selatan tersebut.

Media melaporkan, perkara berkenaan diputuskan selepas mesyuarat mingguan Kabinet dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina pada 25 Oktober sebelum diumumkan keesokan hari.

Jurucakap kerajaan, Khandker Anwarul Islam berkata, pemakaian pelitup turut meliputi setiap institusi milik awam dan swasta, pasar serta tempat ibadat semua agama di Bangladesh.

Sejajar dengan keputusan itu juga, mereka yang didapati tidak memakai alat perlindungan tersebut tidak akan dilayan jika berurusan dengan petugas di pejabat kerajaan dan swasta.

Advertisements

“Kabinet juga memutuskan agar pihak berkuasa sentiasa melakukan pemantauan lebih kerap untuk memastikan rakyat patuh arahan itu bagi mengawal jangkitan COVID-19,” jelas Khadker lagi.

Harga pelitup tiga lapisan untuk satu kotak yang mengandungi 50 unit dijual sekitar 350 taka (RM17.20) manakala jika dibeli sekeping di kedai runcit, ia hanya bernilai 30 taka (RM1.50).

Bangladesh ketika ini merekodkan hampir 400,000 kes dengan kematian sudah cecah lebih 5,800 orang sejak pesakit pertama mula dikesan pada 8 Mac lalu, menurut laporan media.

Mungkin polisi serupa patut diperkenalkan di seluruh dunia bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan