26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Mesyuarat khas kerusi Pulai, Simpang Jeram Khamis depan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram pada 3 Ogos ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ini susulan kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Ahad lalu.

Katanya, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada hari ini berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai (P.161), Johor.

“SPR juga telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd. Fuad Zarkashi pada 25 Julai, berhubung kekosongan luar jangka kerusi Simpang Jeram (N.13), Johor.

Advertisements

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (5) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram perlu disi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan