27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Bom lama ditemui di kebun kelapa sawit di Kulai, dimusnahkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUTIR bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) jenis mortar berukuran 60 milimeter (mm) dimusnahkan di kawasan kebun kelapa sawit Peringkat 2,Blok 6, Felda Taib Andak, dekat Kulai, Johor hari ini.

Polis Johor dalam satu kenyataan berkata, operasi sekitar pukul 10.30 pagi itu dijalankan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan diketuai oleh Asisten Superintendan Saifullah Jaya@Yahya.

Dalam kenyataan sama, polis Johor berkata, bom terbabit pada mulanya ditemui oleh anggota ronda cegah jenayah yang sedang menjalankan rondaan di kawasan kebut sawit itu.

“Tindakan pemusnahan secara In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

Advertisements

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,”katanya.

Polis Johor turut menyeru orang ramai agar segera melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran, sekiranya menjumpai objek mencurigakan atau dipercayai bom untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai juga diingatkan untuk tidak mengusik, mengalih atau menggerakkan objek tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan