27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Op. Mardof: Pukat, bubu bernilai lebih RM100,000 disita

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

OP. MARDOF Siri Dua yang yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah membawa kepada penyitaan pukat dan bubu bernilai lebih RM100,000.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd. Amin berkata, sebanyak 525 sitaan melibatkan 74 keroncong mata pukat dan 451 bubu naga dibuat hasil daripada 1,909 pemeriksaan.

Tambah beliau, operasi tersebut dijalankan di darat dan di laut bermula 13 Mac sehingga 26 Jun lalu.

“Operasi bersepadu ini turut berjaya menahan 36 buah bot nelayan tempatan (BNT) di lima kawasan sektor operasi yang telah ditetapkan iaitu Op Mardof Utara, Barat, Timur, Sabah dan Labuan serta Sarawak.

“Op Mardof kali ini telah ditambah baik dengan pelaksanaan sesi non-operational engagement iaitu sukan persahabatan antara Maritim Malaysia dan DOF di setiap sektor operasi yang telah dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, Op Mardof telah memberikan impak yang positif dalam menangani kegiatan pencerobohan, perlanggaran syarat lesen dan lain-lain lagi kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. 

Katanya, operasi itu adalah platform terbaik kedua-dua agensi dalam perkongsian maklumat dan kepakaran antara pegawai dan anggota yang berada di lapangan khususnya ketika pelaksanaan fasa operasi di laut.

“Maritim Malaysia dan DOF komited untuk terus melaksanakan operasi seumpama ini bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan dalam sektor perikanan terpelihara. 

“Kedua-dua agensi ini turut menggesa pihak yang terlibat dalam industri perikanan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan bersama dan masa depan industri perikanan Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan