Wednesday, June 17, 2026

B. Satianathan meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARENA bola sepak negara dikejutkan dengan pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B.Satianathan.

Pengendali berpengalaman itu meninggal dunia hari ini akibat kanser, dan telah disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Satia di Twitter.

Mengikut rekod, pada musim lalu jurulatih berpengalaman itu terpaksa berehat seketika daripada bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Satia pernah juga mengendalikan beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Kelantan dan juga Sarawak United.

Selain itu, mendiang pernah mengendali pasukan kebangsaan bawah 23 tahun dan juga Harimau Malaya pada 2009. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan