BURNLEY melanjut kontrak pengurusnya, Vincent Kompany, dengan perjanjian baru untuk tempoh lima tahun.
Bekas pertahanan Manchester City itu mengemudi Clarets dengan memenangi promosi kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim pertamanya sebagai pengurus di Turf Moor.
Burnley mendominasi Liga Kejuaraan dengan bergaya sepanjang musim selain sudah mengesahkan kejuaraan mereka di bawah bimbingan Kompany.
Clarets kini merekod 98 mata dengan berbaki satu perlawanan melengkapkan musim cemerlang mereka sebelum kembali ke EPL musim depan.
Kompany yang menggantikan Sean Dyche pada musim panas lalu, telah berjaya mengubah corak permainan mereka sebaik mereka tersingkir ke Liga Kejuaraan.
Beliau telah dikaitkan dengan beberapa pasukan dalam EPL iaitu Chelsea dan Tottenham tetapi dia ternyata komited dengan masa depannya apabila setuju kekal bersama Clarets hingga 2028.
“Burnley dan Turf Moor adalah satu langkah yang tepat untuk saya selaku jurulatih sejak dari awal lagi, jadi saya berasa sesuai untuk melanjutkan kontrak selama lima tahun lagi.
“Bersama-sama peminat, kami kembali menjadikan Turf Moor sebagai kubu kuat dan saya teruja dengan cabaran masa depan selain tugas untuk menjadikan Burnley lebih baik dalam setiap langkah,” katanya. – Edisi 9