24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

BN guna tujuh formula untuk tawan enam negeri

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) akan menggunakan tujuh formula dalam misi menawan enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara langkah yang diambil ialah sentiasa bersiap sedia dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, BN juga tidak boleh memandang lekeh parti lawan selain menjaga emosi pengundi dengan baik.

“Setiap jentera parti diingatkan supaya memperbanyak program dan aktiviti bagi memenangkan calon BN.

“Setiap jentera mestilah digerakkan untuk membantu,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, apa yang lebih penting ialah tidak ada sabotaj terhadap calon kerana mereka dipilih merupakan calon terbaik.

Katanya, setiap jentera parti juta perlu mempunyai data pengundi bagi membolehkan BN mengenal pasti setiap pengundi yang ada di kawasan masing-masing.

PRN membabitkan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan itu akan diadakan pada 12 Ogos ini.

Manakala hari pengundian awal akan diadakan pada 8 Ogos sementara hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai 2023.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu turut akan dilangsungkan serentak pada tarikh tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan