Saturday, June 13, 2026

Remaja dikhuatiri lemas, Carilamat diaktifkan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di pantai Tanjung Aru Menumbok.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, mangsa Haibil Abdo, 17, berbangsa Bugis dimaklumkan sedang mandi bersama rakannya di pantai berkenaan pada pukul 6 petang semalam. 

“Rakan mangsa memaklumkan keadaan arus dan ombak kuat telah menyebabkan mangsa hilang dan hanyut dibawa arus yang kuat. 

“Laporan polis telah dilakukan oleh saksi kejadian pada lewat petang semalam dan usaha pencarian awal di tempat kejadian gagal menemukan mangsa,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan Malaysia Rescue Sub-Center Kota Kinabalu pada pukul 1 petang tadi. 

Katanya, bot peronda Kilat 40 dari Zon Maritim Labuan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

“Bantuan aset daripada agensi sahabat juga telah dimohon untuk membantu dalam pencarian mangsa.

“Keadaan laut sekitar lokasi kejadian dalam keadaan yang kurang baik dengan ombak setinggi 3.5 meter dan kelajuan angin mencapai 40 ke 50 kilometer/jam,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan