33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRN: Pemuda UMNO pelawa mahasiswa jadi sukarelawan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mempelawa mahasiswa untuk bersama UMNO/Barisan Nasional (BN) menjadi sukarelawan pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini merupakan peluang terbaik ditawarkan kepada para pelajar bagi menimba pengalaman.

“Jadi, sempena dengan PRN enam negeri tidak lama lagi, kami ingin mengajak adik-adik kita tidak kira latar belakang apa untuk bersama-sama berkempen dengan kami.

“Kita belajar bagaimana proses pilihan raya berlangsung dan timba pengalaman yang sudah tentu menarik. Tidak perlu menjadi ahli parti pun boleh serta yang penting minat nak jadi sukarelawan,”katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Advertisements

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, peluang tersebut dibuka kerana mengimbas kembali zaman ketika menuntut di universiti yang mendorong minatnya untuk bersama dalam parti sebagai sukarelawan.

“Dulu masa saya zaman mahasiswa, perkara yang saya suka setiap kali balik bercuti di malaysia adalah untuk libatkan diri saya dalam mana-mana aktiviti sukarelawan terutama jika ada pilihan raya kecil.

“Kerana pengalaman pilihan raya ini adalah pengalaman yang susah nak dapat dan tidak ramai pemimpin ketika tu nak melayan kami mahasiswa untuk berkempen bersama,kalau dapat berkempen dengan pemimpin ketika itu, rasa seronok sangat,”ujar beliau.

Dr Akmal turut mengemukakan borang penyertaan seperti yang berikut: https://forms.gle/97S5ZQQpXfWwJ7Fy5. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan