Tuesday, June 16, 2026

PRN: MCMC awasi telco, optimum rangkaian perkhidmatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melakukan pengawasan ke atas syarikat telekomunikasi (telco) untuk mengoptimumkan kapasiti rangkaian, liputan perkhidmatan dan meningkatkan kualiti pengalaman bagi persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi yang diadakan di enam negeri.

Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan berkata, berikutan pilihan raya itu dijangkakan trafik akan bertambah dan permintaan terhadap liputan juga akan meningkat termasuk pada hari mengundi.

Bagaimanapun MCMC berkata, ia akan sentiasa memantau liputan dan perkhidmatan telekomunikasi supaya berada dalam keadaan baik.

“Pengarah MCMC negeri di enam negeri  juga akan melakukan pengawasan di barisan hadapan memantau liputan perkhidmatan oleh telco untuk memastikan ia berada pada tahap memuaskan.

“MCMC sentiasa bersedia untuk menangani perkara itu,”menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu, telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dijalankan serentak pada 12 Ogos manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos. –  Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan