Friday, June 5, 2026

Bubar DUN: MB Terengganu menghadap Sultan esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok.

Pertemuan itu adalah bagi mendapat perkenan Sultan Terengganu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini pada 9 pagi.

Ditanya mengenai tarikh yang dicadangkan, beliau berkata perkara itu akan diumumkan selepas selesai beliau menghadap Tuanku Sultan.

“Esok saya akan menghadap Tuanku pada sebelah pagi, sudah dapat perkenan untuk menghadap …. Sebaik saya sembah maklum Tuanku (baru umum tarikh) …. Lebih cantik saya maklumkan Tuanku dulu, InsyaAllah lepas itu buat kenyataan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ahmad Samsuri turut memberitahu tempoh mandat DUN Terengganu akan berakhir pada 30 Jun ini.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan 22 kerusi dikuasai PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14, manakala selebihnya milik Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan