Sunday, June 14, 2026

Arsenal setuju bayar RM385.5 juta untuk Havertz

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL semakin hampir mendapatkan penyerang Chelsea, Kai Havertz selepas bersetuju membayar yuran perpindahan minimum RM385.5 juta.

The Gunners pada Selasa lalu bersetuju secara lisan menawarkan sebanyak RM355.9 juta untuk pemain antarabangsa Jerman itu.

Namun, dalam tempoh 24 jam, kedua-dua kelab bersetuju dengan pakej yang menyaksikan Chelsea bakal menerima RM385.5 juta.

Jumlah tersebut termasuk klausa tambahan yang akan membawa yuran perpindahan itu meningkat antara RM400 juta hingga RM415 juta.

Havertz dalam pada itu dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak jangka panjang ditawarkan Arsenal yang menyaksikan bintang itu memperoleh gaji minimum RM1.25 juta seminggu.

Pemain berusia 24 tahun itu jangka akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat sebelum menandatangani kontrak yang mengesahkan perpindahannya ke Stadium Emirates.

Havertz menyertai Chelsea pada 2020 dan merupakan tonggak utama The Blues.

Kelab barat London itu bersetuju melanjutkan kontrak sedia adanya namun fokus Havertz hanya mahu melengkapkan perpindahan ke utara kota London. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan