31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Zahid minta Harimau Malaya semat azam harumkan negara

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu skuad Harimau Malaya yang akan beraksi dalam Piala Asia di Qatar agar menyematkan azam dan meningkatkan tekad untuk mengharumkan nama negara.

Pada masa yang sama beliau dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan buat anak-anak buat Kim Pan-gon yang akan beraksi di pentas Asia secara merit buat kali pertama selepas 42 tahun.

Beliau turut yakin penglibatan dalam kejohanan bola sepak terbesar Asia itu akan menjadi asbab untuk industri bola sepak negara terus berkembang dan melahirkan lebih ramai bakat berkaliber.

“Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas kelayakan Pasukan Harimau Malaya yang berjaya melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.

“Penantian yang ditunggu selama 42 tahun ini, dengan usaha yang dibanting tanpa jerih akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang buat Malaysia!,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

Advertisements
Faisal Halim menurunkan tandatangan di atas baju seorang penyokong Harimau Malaya di Doha, Qatar. – Foto: FAM

Malaysia akan memulakan kempen Piala Asia 2023 bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada pagi Selasa 16 Januari (waktu Malaysia) sebelum menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari dan Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024.

Sejak Piala Asia dipertandingkan pada 1956, Malaysia hanya mampu layak ke peringkat akhir sebanyak tiga kali iaitu pada 1976 dan 1980 manakala tahun 2007 pula layak secara automatik kerana menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Bagaimanapun, ketiga-tiga penampilan Malaysia di pentas Piala Asia itu berakhir di peringkat kumpulan sahaja.

Namun penampilan Malaysia di pentas Asia kali ini amat berbeza apabila menampilkan lapan pemain warisan dan empat pemain naturalisasi di samping para pemain tempatan.

Dalam aksi pemanas badan terakhir kelmarin, anak-anak buah Pan-gon berjaya mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan jaringan 2-2 dalam aksi di Stadium Grand Hamad, Doha, Qatar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan