28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MCMC pastikan tiada caj tambahan untuk rangkaian 5G

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

MCMC berkata, perkara itu adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

“MCMC menyokong penuh komitmen kerajaan dan akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang sudah dinyatakan.

Advertisements

“Setakat 31 Disember lalu, perkhidmatan rangkaian 5G berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MCMC berkata, sekiranya terdapat aduan berhubung caj akses 5G, pengguna boleh menyalurkannya menerusi Portal Pengguna MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau hubungi talian 1-800-188-030. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan